Di Facebook

Tentang Kami

A.P.I AL FADHLUA.P.I AL FADHLU.Pondok Pesantren Asrama Pendidikan Islam Al Fadhlu adalah Pondok Pesantren yang masih menerapkan metode pendidikan ala salaf namun berpijak dan berprinsip pada "AL MUHAFAZHOTU 'ALAL QADIMISH SHALIH WAL AKHDZU BIL JADIDIL ASHLAH"(Dapat menerima budaya baru yang baik dan melestarikan budaya lama yang masih relevan) sebagai mottonya ......



AL FADHLU, A.P.I.
Pancuran,Kandangan,Bawen
50661 Semarang,Jateng
A.P.I AL FADHLU
alfadhu@gmail.com
P: (+62) 8813739848
Kontak Kami

Al fadhlu Blog Artikel

Belajar islam dan sufisme



Lailatul Qadar Malam Seribu Bulan

Dalam Surah Al-Qadr, Allah berfirman yang bermaksud:

    1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Qadr.

    2. Dan tahukah kamu apakah malam Qadr itu.

    3. Malam Qadr itu lebih baik dari seribu bulan.

    4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya.

    5. Malam itu penuh dengan kesejahteraan sampai terbit fajar.
    
Petikan Dari Munajat Nabi Musa a.s. Kepada Allah s.w.t.
Munajat Nabi Musa a.s., "Ya Allah yang Tuhanku! Aku ingin menjadi seorang hamba yang paling hampir sekali denganMu." Firman Allah s.w.t., "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah hampir dengan hamba-hambaKu yang bangun pada malam Lailatul Qadar."

Munajat Nabi Musa a.s., ‘Ya Allah ya Tuhanku! Aku amat mengharapkan sekali akan RahmatMu itu." Firman Allah s.w.t., "Wahai Musa! Sesungguhnya RahmatKu itu adalah bagi mereka yang berkasih sayang dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap orang-orang miskin pada malam Lailatul Qadar."

Munajat Nabi Musa a.s., "Ya Allah yang Tuhanku! Aku ingin sekali untuk melintasi pada titian Siratul Mustaqim di hari kiamat kelak dengan pantas seperti kilat yang menyambar." Firman Allah s.w.t., "Wahai Musa! Sesungguhnya yang demikian itu engkau akan perolehi dengan memberi dan membanyakkan sedekah pada malam Lalatul Qadar."

Munajat Nabi Musa a.s. "Ya Allah ya Tuhanku! Aku teringin sekali untuk berteduh di bawah pohon-pohon syurgaMu sambil dapat pula memakan buah-buahnya." Firman Allah s.w.t., "Wahai Musa! Sesungguhnya kamu akan memperolehi niatmu itu tetapi banyakkanlah olehmu akan bertasbih serta bersungguh-sungguh kamu dalam mengerjakannya pada malam Lailatul Qadar."

Munajat Nabi Musa a.s., "Ya Allah ya Tuhanku! Selamatkanlah aku dari azab neraka jahannamMu." Firman Allah s.w.t., "Wahai Musa! Bermohonlah kamu kepadaKu dengan membanyakkan meminta keampunan dan beristighfar hingga ke waktu subuh hari pada malam Lailatul Qadar."

Munajat Nabi Musa a.s., "Ya Allah ya Tuhanku! Anugerahkanlah keredaanMu itu terhadap diriku ini." Firman Allah s.w.t. "Wahai Musa! Sesungguhnya keredaanKu itu adalah bagi orang-orang yang mengerjakan solat sunat 2 rakaat pada malam Lailatul Qadar."
Bilakah Malam Lailatul Qadar ?

Imam Al Ghazali Rahimullah berpendapat malam berlakunya Lailatul Qadar itu boleh dikenali dengan cara yang berikut seperti,

    Jika awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau hari Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 29hb Ramadan.
    Jika awal Ramadan jatuh pada hari Isnin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21hb Ramadan.
    Jika awal Ramadan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27hb Ramadan.
    Jika awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23hb Ramadan.

  • Malam Lailatulqadar

Doa khusus pada malam tersebut diterangkan di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagaimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut.” Maksud doa: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.”

 Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting adalah disebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.

2.   Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

3.   Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

 Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

 Tanda Malam Lailatulqadar :

Para alim ulamak menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

·                Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.

·                Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.

·                Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

·                Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w : "Carilah malam Lailatul Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempuh sepuluh hari terakhir di dalam bulan Ramadan."

  • Malam Lailatulqadar

10 akhir Ramadan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w.

Tidak perlu ada kesangsian tentang ujudnya Lailatul Qadar kerana firman Allah di dalam surah Al-Qdar yang maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Diriwayatkan oleh Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut tentang 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Lalu Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah anugerah Allah ini adalah lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan dan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a. maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia. Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya: Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.


Item Lailatul Qadar Malam Seribu Bulan
Rating 5 / 5
Reviewer A.P.I AL FADHLU
Date 7/25/2012
Description
Summary Dalam Surah Al-Qadr, Allah berfirman yang bermaksud:     1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Qadr.     2. Dan t...

Tentang Kami

author picture

A.P.I AL FADHLU : Asrama Pendidikan Islam Al Fadhlu adalah Pondok Pesantren yang masih menerapkan metode pendidikan ala salaf namun berpijak dan berprinsip pada "AL MUHAFAZHOTU 'ALAL QADIMISH SHALIH WAL AKHDZU BIL JADIDIL ASHLAH"(Dapat menerima budaya baru yang baik dan melestarikan budaya lama yang masih relevan) sebagai mottonya. Ikuti kami juga di G+ @ A.P.I AL FADHLU .

: 0 Tidak ada komentar ...

Posting Komentar ANDA

Komentar Anda adalah bagian dari Shilaturrahim ... :-)